Surah Quraish - Malay Translation by Abdullah Muhammad Basmeih
لِإِيلَٰفِ قُرَيۡشٍ
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
Surah Quraish, Verse 1
إِۦلَٰفِهِمۡ رِحۡلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيۡفِ
(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam)
Surah Quraish, Verse 2
فَلۡيَعۡبُدُواْ رَبَّ هَٰذَا ٱلۡبَيۡتِ
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini
Surah Quraish, Verse 3
ٱلَّذِيٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعٖ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۭ
Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan
Surah Quraish, Verse 4