Surah Al-Ghashiya - Malay Translation by Abdullah Muhammad Basmeih
هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلۡغَٰشِيَةِ
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi
Surah Al-Ghashiya, Verse 1
وُجُوهٞ يَوۡمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina
Surah Al-Ghashiya, Verse 2
عَامِلَةٞ نَّاصِبَةٞ
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah
Surah Al-Ghashiya, Verse 3
تَصۡلَىٰ نَارًا حَامِيَةٗ
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar)
Surah Al-Ghashiya, Verse 4
تُسۡقَىٰ مِنۡ عَيۡنٍ ءَانِيَةٖ
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya
Surah Al-Ghashiya, Verse 5
لَّيۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٖ
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri
Surah Al-Ghashiya, Verse 6
لَّا يُسۡمِنُ وَلَا يُغۡنِي مِن جُوعٖ
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun
Surah Al-Ghashiya, Verse 7
وُجُوهٞ يَوۡمَئِذٖ نَّاعِمَةٞ
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri
Surah Al-Ghashiya, Verse 8
لِّسَعۡيِهَا رَاضِيَةٞ
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia)
Surah Al-Ghashiya, Verse 9
فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٖ
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya)
Surah Al-Ghashiya, Verse 10
لَّا تَسۡمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةٗ
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia
Surah Al-Ghashiya, Verse 11
فِيهَا عَيۡنٞ جَارِيَةٞ
Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir
Surah Al-Ghashiya, Verse 12
فِيهَا سُرُرٞ مَّرۡفُوعَةٞ
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya)
Surah Al-Ghashiya, Verse 13
وَأَكۡوَابٞ مَّوۡضُوعَةٞ
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka)
Surah Al-Ghashiya, Verse 14
وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةٞ
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar)
Surah Al-Ghashiya, Verse 15
وَزَرَابِيُّ مَبۡثُوثَةٌ
Serta hamparan-hamparan yang terbentang
Surah Al-Ghashiya, Verse 16
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ كَيۡفَ خُلِقَتۡ
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan
Surah Al-Ghashiya, Verse 17
وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيۡفَ رُفِعَتۡ
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya
Surah Al-Ghashiya, Verse 18
وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَيۡفَ نُصِبَتۡ
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan
Surah Al-Ghashiya, Verse 19
وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَيۡفَ سُطِحَتۡ
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan
Surah Al-Ghashiya, Verse 20
فَذَكِّرۡ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٞ
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan
Surah Al-Ghashiya, Verse 21
لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)
Surah Al-Ghashiya, Verse 22
إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ
Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar
Surah Al-Ghashiya, Verse 23
فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ
Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya
Surah Al-Ghashiya, Verse 24
إِنَّ إِلَيۡنَآ إِيَابَهُمۡ
Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka
Surah Al-Ghashiya, Verse 25
ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا حِسَابَهُم
Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka
Surah Al-Ghashiya, Verse 26