UAE Prayer Times

  • Dubai
  • Abu Dhabi
  • Sharjah
  • Ajman
  • Fujairah
  • Umm Al Quwain
  • Ras Al Khaimah
  • Quran Translations

Surah Ar-Rahman - Malay Translation by Abdullah Muhammad Basmeih


ٱلرَّحۡمَٰنُ

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya
Surah Ar-Rahman, Verse 1


عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran
Surah Ar-Rahman, Verse 2


خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ

Dia lah yang telah menciptakan manusia
Surah Ar-Rahman, Verse 3


عَلَّمَهُ ٱلۡبَيَانَ

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan
Surah Ar-Rahman, Verse 4


ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانٖ

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu
Surah Ar-Rahman, Verse 5


وَٱلنَّجۡمُ وَٱلشَّجَرُ يَسۡجُدَانِ

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya
Surah Ar-Rahman, Verse 6


وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلۡمِيزَانَ

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan
Surah Ar-Rahman, Verse 7


أَلَّا تَطۡغَوۡاْ فِي ٱلۡمِيزَانِ

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan
Surah Ar-Rahman, Verse 8


وَأَقِيمُواْ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُواْ ٱلۡمِيزَانَ

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang
Surah Ar-Rahman, Verse 9


وَٱلۡأَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡأَنَامِ

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain
Surah Ar-Rahman, Verse 10


فِيهَا فَٰكِهَةٞ وَٱلنَّخۡلُ ذَاتُ ٱلۡأَكۡمَامِ

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang
Surah Ar-Rahman, Verse 11


وَٱلۡحَبُّ ذُو ٱلۡعَصۡفِ وَٱلرَّيۡحَانُ

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum
Surah Ar-Rahman, Verse 12


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)
Surah Ar-Rahman, Verse 13


خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِن صَلۡصَٰلٖ كَٱلۡفَخَّارِ

Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar
Surah Ar-Rahman, Verse 14


وَخَلَقَ ٱلۡجَآنَّ مِن مَّارِجٖ مِّن نَّارٖ

Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang
Surah Ar-Rahman, Verse 15


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 16


رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ وَرَبُّ ٱلۡمَغۡرِبَيۡنِ

(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat
Surah Ar-Rahman, Verse 17


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 18


مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu
Surah Ar-Rahman, Verse 19


بَيۡنَهُمَا بَرۡزَخٞ لَّا يَبۡغِيَانِ

Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya
Surah Ar-Rahman, Verse 20


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 21


يَخۡرُجُ مِنۡهُمَا ٱللُّؤۡلُؤُ وَٱلۡمَرۡجَانُ

Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan
Surah Ar-Rahman, Verse 22


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 23


وَلَهُ ٱلۡجَوَارِ ٱلۡمُنشَـَٔاتُ فِي ٱلۡبَحۡرِ كَٱلۡأَعۡلَٰمِ

Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang
Surah Ar-Rahman, Verse 24


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 25


كُلُّ مَنۡ عَلَيۡهَا فَانٖ

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa
Surah Ar-Rahman, Verse 26


وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ

Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
Surah Ar-Rahman, Verse 27


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 28


يَسۡـَٔلُهُۥ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِي شَأۡنٖ

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)
Surah Ar-Rahman, Verse 29


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 30


سَنَفۡرُغُ لَكُمۡ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin
Surah Ar-Rahman, Verse 31


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 32


يَٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَٰنٖ

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)
Surah Ar-Rahman, Verse 33


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 34


يُرۡسَلُ عَلَيۡكُمَا شُوَاظٞ مِّن نَّارٖ وَنُحَاسٞ فَلَا تَنتَصِرَانِ

Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu)
Surah Ar-Rahman, Verse 35


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 36


فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةٗ كَٱلدِّهَانِ

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak
Surah Ar-Rahman, Verse 37


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 38


فَيَوۡمَئِذٖ لَّا يُسۡـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٞ وَلَا جَآنّٞ

Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya)
Surah Ar-Rahman, Verse 39


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 40


يُعۡرَفُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ بِسِيمَٰهُمۡ فَيُؤۡخَذُ بِٱلنَّوَٰصِي وَٱلۡأَقۡدَامِ

Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka)
Surah Ar-Rahman, Verse 41


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 42


هَٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya
Surah Ar-Rahman, Verse 43


يَطُوفُونَ بَيۡنَهَا وَبَيۡنَ حَمِيمٍ ءَانٖ

Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya
Surah Ar-Rahman, Verse 44


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 45


وَلِمَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga
Surah Ar-Rahman, Verse 46


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 47


ذَوَاتَآ أَفۡنَانٖ

(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan
Surah Ar-Rahman, Verse 48


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 49


فِيهِمَا عَيۡنَانِ تَجۡرِيَانِ

Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir
Surah Ar-Rahman, Verse 50


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 51


فِيهِمَا مِن كُلِّ فَٰكِهَةٖ زَوۡجَانِ

Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa)
Surah Ar-Rahman, Verse 52


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 53


مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشِۭ بَطَآئِنُهَا مِنۡ إِسۡتَبۡرَقٖۚ وَجَنَى ٱلۡجَنَّتَيۡنِ دَانٖ

Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik
Surah Ar-Rahman, Verse 54


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 55


فِيهِنَّ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرۡفِ لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ إِنسٞ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنّٞ

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin
Surah Ar-Rahman, Verse 56


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 57


كَأَنَّهُنَّ ٱلۡيَاقُوتُ وَٱلۡمَرۡجَانُ

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan
Surah Ar-Rahman, Verse 58


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 59


هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَٰنُ

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga
Surah Ar-Rahman, Verse 60


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 61


وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ

Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua)
Surah Ar-Rahman, Verse 62


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 63


مُدۡهَآمَّتَانِ

Kedua-duanya menghijau subur tanamannya
Surah Ar-Rahman, Verse 64


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 65


فِيهِمَا عَيۡنَانِ نَضَّاخَتَانِ

Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya
Surah Ar-Rahman, Verse 66


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 67


فِيهِمَا فَٰكِهَةٞ وَنَخۡلٞ وَرُمَّانٞ

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima
Surah Ar-Rahman, Verse 68


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 69


فِيهِنَّ خَيۡرَٰتٌ حِسَانٞ

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya
Surah Ar-Rahman, Verse 70


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 71


حُورٞ مَّقۡصُورَٰتٞ فِي ٱلۡخِيَامِ

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing
Surah Ar-Rahman, Verse 72


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 73


لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ إِنسٞ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنّٞ

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin
Surah Ar-Rahman, Verse 74


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 75


مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفۡرَفٍ خُضۡرٖ وَعَبۡقَرِيٍّ حِسَانٖ

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah
Surah Ar-Rahman, Verse 76


فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah Ar-Rahman, Verse 77


تَبَٰرَكَ ٱسۡمُ رَبِّكَ ذِي ٱلۡجَلَٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
Surah Ar-Rahman, Verse 78


Author: Abdullah Muhammad Basmeih


<< Surah 54
>> Surah 56

Malay Translations by other Authors


Malay Translation By Abdullah Muhammad Basmeih
Popular Areas
Apartments for rent in Dubai Apartments for rent Abu Dhabi Villas for rent in Dubai House for rent Abu Dhabi Apartments for sale in Dubai Apartments for sale in Abu Dhabi Flat for rent Sharjah
Popular Searches
Studios for rent in UAE Apartments for rent in UAE Villas for rent in UAE Apartments for sale in UAE Villas for sale in UAE Land for sale in UAE Dubai Real Estate
Trending Areas
Apartments for rent in Dubai Marina Apartments for sale in Dubai Marina Villa for rent in Sharjah Villa for sale in Dubai Flat for rent in Ajman Studio for rent in Abu Dhabi Villa for rent in Ajman
Trending Searches
Villa for rent in Abu Dhabi Shop for rent in Dubai Villas for sale in Ajman Studio for rent in Sharjah 1 Bedroom Apartment for rent in Dubai Property for rent in Abu Dhabi Commercial properties for sale
© Copyright Dubai Prayer Time. All Rights Reserved
Designed by Prayer Time In Dubai