Surah Al-Waqia - Malay Translation by Abdullah Muhammad Basmeih
إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ
Apabila berlaku hari kiamat itu
Surah Al-Waqia, Verse 1
لَيۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya
Surah Al-Waqia, Verse 2
خَافِضَةٞ رَّافِعَةٌ
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat)
Surah Al-Waqia, Verse 3
إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجّٗا
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan
Surah Al-Waqia, Verse 4
وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسّٗا
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya
Surah Al-Waqia, Verse 5
فَكَانَتۡ هَبَآءٗ مُّنۢبَثّٗا
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran
Surah Al-Waqia, Verse 6
وَكُنتُمۡ أَزۡوَٰجٗا ثَلَٰثَةٗ
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya)
Surah Al-Waqia, Verse 7
فَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu
Surah Al-Waqia, Verse 8
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu
Surah Al-Waqia, Verse 9
وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak)
Surah Al-Waqia, Verse 10
أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah)
Surah Al-Waqia, Verse 11
فِي جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat
Surah Al-Waqia, Verse 12
ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu
Surah Al-Waqia, Verse 13
وَقَلِيلٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian
Surah Al-Waqia, Verse 14
عَلَىٰ سُرُرٖ مَّوۡضُونَةٖ
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata
Surah Al-Waqia, Verse 15
مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡهَا مُتَقَٰبِلِينَ
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan
Surah Al-Waqia, Verse 16
يَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدَٰنٞ مُّخَلَّدُونَ
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka
Surah Al-Waqia, Verse 17
بِأَكۡوَابٖ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٖ مِّن مَّعِينٖ
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir
Surah Al-Waqia, Verse 18
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا يُنزِفُونَ
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya
Surah Al-Waqia, Verse 19
وَفَٰكِهَةٖ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih
Surah Al-Waqia, Verse 20
وَلَحۡمِ طَيۡرٖ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini
Surah Al-Waqia, Verse 21
وَحُورٌ عِينٞ
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya
Surah Al-Waqia, Verse 22
كَأَمۡثَٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya
Surah Al-Waqia, Verse 23
جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan
Surah Al-Waqia, Verse 24
لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوٗا وَلَا تَأۡثِيمًا
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa
Surah Al-Waqia, Verse 25
إِلَّا قِيلٗا سَلَٰمٗا سَلَٰمٗا
Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain)
Surah Al-Waqia, Verse 26
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu
Surah Al-Waqia, Verse 27
فِي سِدۡرٖ مَّخۡضُودٖ
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri
Surah Al-Waqia, Verse 28
وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya
Surah Al-Waqia, Verse 29
وَظِلّٖ مَّمۡدُودٖ
Dan naungan yang tetap terbentang
Surah Al-Waqia, Verse 30
وَمَآءٖ مَّسۡكُوبٖ
Dan air yang sentiasa mengalir
Surah Al-Waqia, Verse 31
وَفَٰكِهَةٖ كَثِيرَةٖ
Serta buah-buahan yang banyak
Surah Al-Waqia, Verse 32
لَّا مَقۡطُوعَةٖ وَلَا مَمۡنُوعَةٖ
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya
Surah Al-Waqia, Verse 33
وَفُرُشٖ مَّرۡفُوعَةٍ
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya
Surah Al-Waqia, Verse 34
إِنَّآ أَنشَأۡنَٰهُنَّ إِنشَآءٗ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa
Surah Al-Waqia, Verse 35
فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)
Surah Al-Waqia, Verse 36
عُرُبًا أَتۡرَابٗا
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya
Surah Al-Waqia, Verse 37
لِّأَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan
Surah Al-Waqia, Verse 38
ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu
Surah Al-Waqia, Verse 39
وَثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian
Surah Al-Waqia, Verse 40
وَأَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ
Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu
Surah Al-Waqia, Verse 41
فِي سَمُومٖ وَحَمِيمٖ
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
Surah Al-Waqia, Verse 42
وَظِلّٖ مِّن يَحۡمُومٖ
Serta naungan dari asap hitam
Surah Al-Waqia, Verse 43
لَّا بَارِدٖ وَلَا كَرِيمٍ
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan
Surah Al-Waqia, Verse 44
إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٰلِكَ مُتۡرَفِينَ
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan)
Surah Al-Waqia, Verse 45
وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar
Surah Al-Waqia, Verse 46
وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ
Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula
Surah Al-Waqia, Verse 47
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ
Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)
Surah Al-Waqia, Verse 48
قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأٓخِرِينَ
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian
Surah Al-Waqia, Verse 49
لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوۡمٖ مَّعۡلُومٖ
Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum
Surah Al-Waqia, Verse 50
ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ
Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat)
Surah Al-Waqia, Verse 51
لَأٓكِلُونَ مِن شَجَرٖ مِّن زَقُّومٖ
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum
Surah Al-Waqia, Verse 52
فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ
Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu
Surah Al-Waqia, Verse 53
فَشَٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ
Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak
Surah Al-Waqia, Verse 54
فَشَٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ
Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas
Surah Al-Waqia, Verse 55
هَٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu
Surah Al-Waqia, Verse 56
نَحۡنُ خَلَقۡنَٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat)
Surah Al-Waqia, Verse 57
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)
Surah Al-Waqia, Verse 58
ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَٰلِقُونَ
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya
Surah Al-Waqia, Verse 59
نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan
Surah Al-Waqia, Verse 60
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِي مَا لَا تَعۡلَمُونَ
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya
Surah Al-Waqia, Verse 61
وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak)
Surah Al-Waqia, Verse 62
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam
Surah Al-Waqia, Verse 63
ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّـٰرِعُونَ
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya
Surah Al-Waqia, Verse 64
لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَٰهُ حُطَٰمٗا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal
Surah Al-Waqia, Verse 65
إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ
(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian
Surah Al-Waqia, Verse 66
بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ
Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)
Surah Al-Waqia, Verse 67
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِي تَشۡرَبُونَ
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum
Surah Al-Waqia, Verse 68
ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya
Surah Al-Waqia, Verse 69
لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَٰهُ أُجَاجٗا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur
Surah Al-Waqia, Verse 70
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي تُورُونَ
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)
Surah Al-Waqia, Verse 71
ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya
Surah Al-Waqia, Verse 72
نَحۡنُ جَعَلۡنَٰهَا تَذۡكِرَةٗ وَمَتَٰعٗا لِّلۡمُقۡوِينَ
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir
Surah Al-Waqia, Verse 73
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu)
Surah Al-Waqia, Verse 74
۞فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran
Surah Al-Waqia, Verse 75
وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٞ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya
Surah Al-Waqia, Verse 76
إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانٞ كَرِيمٞ
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan)
Surah Al-Waqia, Verse 77
فِي كِتَٰبٖ مَّكۡنُونٖ
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara
Surah Al-Waqia, Verse 78
لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci
Surah Al-Waqia, Verse 79
تَنزِيلٞ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam
Surah Al-Waqia, Verse 80
أَفَبِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini
Surah Al-Waqia, Verse 81
وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)
Surah Al-Waqia, Verse 82
فَلَوۡلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya
Surah Al-Waqia, Verse 83
وَأَنتُمۡ حِينَئِذٖ تَنظُرُونَ
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya
Surah Al-Waqia, Verse 84
وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat
Surah Al-Waqia, Verse 85
فَلَوۡلَآ إِن كُنتُمۡ غَيۡرَ مَدِينِينَ
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami)
Surah Al-Waqia, Verse 86
تَرۡجِعُونَهَآ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar
Surah Al-Waqia, Verse 87
فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin
Surah Al-Waqia, Verse 88
فَرَوۡحٞ وَرَيۡحَانٞ وَجَنَّتُ نَعِيمٖ
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan
Surah Al-Waqia, Verse 89
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ
Dan jika ia dari puak kanan
Surah Al-Waqia, Verse 90
فَسَلَٰمٞ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ
Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan
Surah Al-Waqia, Verse 91
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat
Surah Al-Waqia, Verse 92
فَنُزُلٞ مِّنۡ حَمِيمٖ
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak
Surah Al-Waqia, Verse 93
وَتَصۡلِيَةُ جَحِيمٍ
Serta bakaran api neraka
Surah Al-Waqia, Verse 94
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡيَقِينِ
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini
Surah Al-Waqia, Verse 95
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar
Surah Al-Waqia, Verse 96