Surah Al-Maarij - Malay Translation by Abdullah Muhammad Basmeih
سَأَلَ سَآئِلُۢ بِعَذَابٖ وَاقِعٖ
Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku
Surah Al-Maarij, Verse 1
لِّلۡكَٰفِرِينَ لَيۡسَ لَهُۥ دَافِعٞ
Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya
Surah Al-Maarij, Verse 2
مِّنَ ٱللَّهِ ذِي ٱلۡمَعَارِجِ
Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik
Surah Al-Maarij, Verse 3
تَعۡرُجُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ فِي يَوۡمٖ كَانَ مِقۡدَارُهُۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٖ
Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya)
Surah Al-Maarij, Verse 4
فَٱصۡبِرۡ صَبۡرٗا جَمِيلًا
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya
Surah Al-Maarij, Verse 5
إِنَّهُمۡ يَرَوۡنَهُۥ بَعِيدٗا
Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku)
Surah Al-Maarij, Verse 6
وَنَرَىٰهُ قَرِيبٗا
Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku)
Surah Al-Maarij, Verse 7
يَوۡمَ تَكُونُ ٱلسَّمَآءُ كَٱلۡمُهۡلِ
(Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair
Surah Al-Maarij, Verse 8
وَتَكُونُ ٱلۡجِبَالُ كَٱلۡعِهۡنِ
Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan)
Surah Al-Maarij, Verse 9
وَلَا يَسۡـَٔلُ حَمِيمٌ حَمِيمٗا
Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri)
Surah Al-Maarij, Verse 10
يُبَصَّرُونَهُمۡۚ يَوَدُّ ٱلۡمُجۡرِمُ لَوۡ يَفۡتَدِي مِنۡ عَذَابِ يَوۡمِئِذِۭ بِبَنِيهِ
Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri
Surah Al-Maarij, Verse 11
وَصَٰحِبَتِهِۦ وَأَخِيهِ
Dan isteri serta saudaranya
Surah Al-Maarij, Verse 12
وَفَصِيلَتِهِ ٱلَّتِي تُـٔۡوِيهِ
Dan kaum kerabatnya yang melindunginya
Surah Al-Maarij, Verse 13
وَمَن فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا ثُمَّ يُنجِيهِ
Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya
Surah Al-Maarij, Verse 14
كَلَّآۖ إِنَّهَا لَظَىٰ
Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya
Surah Al-Maarij, Verse 15
نَزَّاعَةٗ لِّلشَّوَىٰ
(Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan
Surah Al-Maarij, Verse 16
تَدۡعُواْ مَنۡ أَدۡبَرَ وَتَوَلَّىٰ
Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran)
Surah Al-Maarij, Verse 17
وَجَمَعَ فَأَوۡعَىٰٓ
Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya)
Surah Al-Maarij, Verse 18
۞إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ خُلِقَ هَلُوعًا
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)
Surah Al-Maarij, Verse 19
إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعٗا
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah
Surah Al-Maarij, Verse 20
وَإِذَا مَسَّهُ ٱلۡخَيۡرُ مَنُوعًا
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut
Surah Al-Maarij, Verse 21
إِلَّا ٱلۡمُصَلِّينَ
Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang
Surah Al-Maarij, Verse 22
ٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَاتِهِمۡ دَآئِمُونَ
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya
Surah Al-Maarij, Verse 23
وَٱلَّذِينَ فِيٓ أَمۡوَٰلِهِمۡ حَقّٞ مَّعۡلُومٞ
Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum
Surah Al-Maarij, Verse 24
لِّلسَّآئِلِ وَٱلۡمَحۡرُومِ
Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)
Surah Al-Maarij, Verse 25
وَٱلَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ
Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya)
Surah Al-Maarij, Verse 26
وَٱلَّذِينَ هُم مِّنۡ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشۡفِقُونَ
Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya
Surah Al-Maarij, Verse 27
إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمۡ غَيۡرُ مَأۡمُونٖ
Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya
Surah Al-Maarij, Verse 28
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَٰفِظُونَ
Dan mereka yang menjaga kehormatannya
Surah Al-Maarij, Verse 29
إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٰجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُهُمۡ فَإِنَّهُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ
Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela
Surah Al-Maarij, Verse 30
فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ
Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas
Surah Al-Maarij, Verse 31
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَٰنَٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٰعُونَ
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya
Surah Al-Maarij, Verse 32
وَٱلَّذِينَ هُم بِشَهَٰدَٰتِهِمۡ قَآئِمُونَ
Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi)
Surah Al-Maarij, Verse 33
وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَاتِهِمۡ يُحَافِظُونَ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya
Surah Al-Maarij, Verse 34
أُوْلَـٰٓئِكَ فِي جَنَّـٰتٖ مُّكۡرَمُونَ
Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan
Surah Al-Maarij, Verse 35
فَمَالِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ قِبَلَكَ مُهۡطِعِينَ
Maka apakah yang menyebabkan orang-orang kafir, yang menentangmu (wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisimu
Surah Al-Maarij, Verse 36
عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ عِزِينَ
(Sambil mereka) berkumpul berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu
Surah Al-Maarij, Verse 37
أَيَطۡمَعُ كُلُّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُمۡ أَن يُدۡخَلَ جَنَّةَ نَعِيمٖ
Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)
Surah Al-Maarij, Verse 38
كَلَّآۖ إِنَّا خَلَقۡنَٰهُم مِّمَّا يَعۡلَمُونَ
Tidak sekali-kali! (Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya
Surah Al-Maarij, Verse 39
فَلَآ أُقۡسِمُ بِرَبِّ ٱلۡمَشَٰرِقِ وَٱلۡمَغَٰرِبِ إِنَّا لَقَٰدِرُونَ
Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya, - sesungguhnya Kami berkuasa
Surah Al-Maarij, Verse 40
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ
(Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan
Surah Al-Maarij, Verse 41
فَذَرۡهُمۡ يَخُوضُواْ وَيَلۡعَبُواْ حَتَّىٰ يُلَٰقُواْ يَوۡمَهُمُ ٱلَّذِي يُوعَدُونَ
Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)
Surah Al-Maarij, Verse 42
يَوۡمَ يَخۡرُجُونَ مِنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ سِرَاعٗا كَأَنَّهُمۡ إِلَىٰ نُصُبٖ يُوفِضُونَ
Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu)
Surah Al-Maarij, Verse 43
خَٰشِعَةً أَبۡصَٰرُهُمۡ تَرۡهَقُهُمۡ ذِلَّةٞۚ ذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلَّذِي كَانُواْ يُوعَدُونَ
Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka
Surah Al-Maarij, Verse 44